Wednesday, November 16, 2016

Love is in the air

Assalamualaikum wbt

Bersarang nampaknya blog ini kerana ditinggalkan begitu lama. Aku seakan amat sibuk melayan pelbagai persoalan hingga lupa pada salah satu kenangan ini. 

Setahun berlalu, kini kami sudah bersama. Malah punya cahaya mata, penggembira hati di kala duka, penyejuk dada di kala susah. ALHAMDULILLAH. Syukur Ya ALLAH atas miracle yang dikurnia. 


Thursday, August 29, 2013

Kem Sukan Sekolah 2013

Yahooooo...!!

Akhirnya, selesai juga kem sukan sekolah tahun ni.. Alahaai, risau sangat-sangat takut tak sempat buat dan hantar laporan di PPD... Alhamdulillah, siap juga akhirnya... ^_^


MATLAMAT KEM SUKAN SEKOLAH
3.1   Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan   menjalankan aktiviti di sekolah.
3.2    Melalui rangsangan / tugasan murid dapat:
i.      Membantu menubuh dan menguruskan kelab sukan.
ii.    Membantu merancang dan mengurus aktiviti kelab.
iii.   Membantu dalam penganjuran pertandingan.
3.3   Murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah stesen yang    melibatkan ramai ahli kelab.
3.4    Bersukan melalui aktiviti yang diubah suai (modified games).

Hee... cuba teka, mana lao si mana xue sheng (murid).. aerobik time! 
Dah posting sjkc ni kena mulalah study bahasa lain.. hewhew... 

Sesi pendaftaran untuk kem sukan... ^_^ 



Terima kasih sangat-sangat kepada warga sekolah yg banyak bantu hingga selesai kem... :)

Sunday, June 16, 2013

Bicara 150 Juta


Di sepanjang perjalanan hidup ini, mungkin ramai yang akan singgah di hati, mungkin ramai yang melihat itu ini, mungkin ramai yang menghajati. Namun, berbalik pada kata "jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan tuhan. Memang itulah ketentuanNya. kita hanya mampu berdoa agar segala yang dihajati tercapai akhirnya. Lambat atau cepat, dapat atau tidak, sempat mahu pun tidak. Kalau kita dijodohkan dengan ia, maka ia lah. In Shaa Allah waktu itu akan tiba... sabar-sabarlah.. haha.. 

Namun, satu perkara yang juga perlu diingat, menyayangi sesuatu tidak semestinya memiliki ia.  Walau apa pun, semoga berbahagia. 

sekadar bicara 150 juta...




Wednesday, May 29, 2013

Konvokesyen IPGM Ke-3 2013

Kalau dulu masih hingusan, kini sah memegang segulung Ijazah Sarjana Muda Perguruan dgn Kepujian.
Terima kasih ibu bapa & keluarga, guru-guru serta pensyarah tersayang. Kerana anda kami mencapai kecemerlangan.

Buat rakan-rakan seperjuangan PISMP 2009, Tahniah diucapkan!


Jubah, hoodie & bear flowers!

Tuesday, May 07, 2013

Hitam & Putih


Buat seseorang yang dirindu... akg ^_^... 


Daku tertawa seorang diri...
Darah yang mengalir terhenti...
Fikiranku melayang-layang...
Tiada siapa yang perasan....

Wednesday, May 01, 2013

Gwiyoomi!

Demam gwiyoomi? haha... memang! Meme pun demam nak pkir camna nak mencomelkan kelas.. Kreatif meeeesti kreatif!!!

Harap sgt dapat buat kelas macam ni.. hihihi

BBM yang selalu bagi anak2 pakai untuk belajar.. 

Nilai murni, jgn lupa terapkan, taw?! :) 

Mode : Mencantikkan buku ringkasan.. 
(Nak dapat anugerah buku ringkasan tercantik Mei laaaah tuuuu... hihihi)